TIBA-TIBA
'Dan semuanya terjadi tiba-tiba. Aku tiba-tiba tertekan butang Follow, dan kau tiba-tiba sedar dengan kewujudan aku. Tiba-tiba, kau buat aku rasa seperti sedang terbang dan kau juga tiba-tiba sedang membuatkan aku rindu pada kau. Ya, tiba-tiba. Beberapa minggu sehingga ke hari ini, kau tiba-tiba sedang berkongsi impian dan cerita masa depan dengan aku dan aku pasti suatu hari kelak, kau akan tiba-tiba hilang dari wujudnya dalam hidup aku. Akan kau juga tiba-tiba lupa pada aku. Ya, ia kemungkinan yang tiba-tiba. Jadi, sebelum aku tiba-tiba pergi bunuh diri, aku mahu beritahu kau satu perkara. Aku sayang kau dan ini bukan tiba-tiba. Ini kata Tuhan. Ini takdir Tuhan.' - Memo (tanpa kertas)
Ya, penantian memang menyeksakan. Baru empat hari ditinggalkan tanpa peringatan yang dia sayangkan aku, aku sudah mula gelabah. I tend to overthink and yeah, overthinking drive me nuts. Allah Maha Adil. Empat hari baru, bayangkan kalau empat tahun. Sakit bukan? Glad you moved on. You should have done it so long ago.
Aku perlukan penjelasan. Mengapa biarkan aku tertunggu-tunggu? Aku tak suka. Ya, sekali lagi Tuhan menunjukkan kuasanya. Baru kau tahu batapa pedihnya hati dimamah keperitan menunggu itu, Ainn. Kejam bukan, apa yang telah kau lakukan pada dia dahulu? Ego, kau yang ego sebenarnya, bukan dia.
Cinta lama menapak pergi. Jauh meninggalkan aku dibelakang dengan kekasih baru. Tapi, dia juga berkekasih baru. Sombong sangat, ini yang patut kau dapat. Dulu waktu kau berlari bersama dia, dia sanggup tunggu, tercungap-cungap mencari, rupa-rupanya kau sudah mara menapak dengan jantan lain. Kali ini tidak, dia menapak dan berlari laju dari kau, Ainn. Almaklumlah, sprinter. Aku hanya seekor kuda. Dia berlari bagaikan seekor puma. Apalagi yang kau mahu, Ainn?
Aku tak mahu apa-apa. Aku hanya mahu melihat kau bahagia. Cukup untuk kau tahu, I've learnt my lessons.
Aku mahukan jawapan kepada persoalan hati ini. Rupa aku seperti batu tepi highway ke?
'awak'
'yesss ?'
'<3'
Ciss, tiada reply. Ahhh! Tak boleh jadi.
'I think we need to talk'
'ehh talk about what?'
'saya dah lama tak dapat text cakap awak sayang saya'
'ouh kalau dpt selalu sgt pun tk boleh'
'? care to explain more?'
tik tok tik tok. Hilang dah Dakota seorang nie. Sabar Ainn. Kejap. Sampai bila aku perlu bersabar? Aku pun ada limit juga. Tak boleh jadi.
Lalu aku menelefon dia, cakap sepatah dua. Mengeluh yang lebih. sigh.
'yess saya sayang kat awak , tapi saya taknak mintak awk letak apa-apa harapan dkat saya . saya mmg pelik . saya taknak awak sakit sbb saya . saya pon tak paham dgn diri saya .'
'maaf, saya dah pun sakit sebab awk. harapan tuh tiada. tapi awak yang letak harapan dulu pada saya. macam2 awak cakap dan akhirnya, saya rasa awk dengan ****** ******, dua kali lima.'
'apa yg sama nya ****** ****** dgn saya ? saya sayang awak , sampai skrg saya sayang awk , tapi saya taknak jadikan awk makwe saya . sbb once we break , we wont be friends anymore . I dont wanna lose you ! I love you ain and im afraid to lose you'
Aku pula yang berhenti membalas. Aku rasa aku duduk dalam bilik yang ada air-cond. Tetapi, satu badan aku bahang selepas baca apa yang dia tulis. Apa benarkah?
'Ainn hariss , saya sayang awak . Awk boleh nak sama kan saya dgn siapa2 awk nak tapi saya ttp sayang awak .' - Dakota, 15-Feb-2012, 1:08 am
Well, that's a relief. I'm relieved. Dan malam ini, tidurku pasti lena semula. InsyaAllah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment