02 February 2012

#211

'ni salah kau
kau x nk betulkan
aku ni x bersalah
cane?'

Aku taktau Paley. Apa yang aku tahu, kau benar tentang aku dan dia. Kau betul, aku menyerah kalah. Aku yang tak mahu perbetulkan keadaan. Aku yang tak mahu perjuangkan kisah cinta aku sendiri. Aku pengecut. Tepat sekali apa yang sudah dilakukan. Aku tak layak jadi ibu kepada anak-anak dia. Aku tak layak jadi isteri dia.

Biar Allah sahaja yang tahu kenapa aku lakukan semua ini. Mereka tidak tahu. Biarkan mereka terus-terusan menghakimi keputusan aku.

Kau teruskanlah dengan hidup kau. Aku gembira jika kau gembira. Tak pernah sehari pun aku doa supaya kau susah dan hidup kau hancur musnah. Tak pernah.

Aku tiada kisah cinta sekarang. Kisah aku dan Dakota, aku follow the flow sahaja. Hidup aku masih kosong. Kredit Hotlink yang aku topup rm10 minggu lepas pun seperti tak luak. Banyak lagi. Tak kurang dari rm7. Tak tahu untuk apa aku perlu tambah nilai.

yeah, maybe Dakota. Maybe Dakota is my saviour.

No comments:

Post a Comment